Utusan Khas Presiden China Xi Jinping, Yin Hejun menghadiri upacara angkat sumpah Presiden Peru yang baharu, Keiko Fujimori di Lima pada Selasa, atas undangan kerajaan negara itu.
Sehari sebelum upacara berlangsung, Yin Hejun yang juga Menteri Sains dan Teknologi China sempat mengadakan pertemuan dengan Fujimori.
Yin berkata China merupakan rakan dagang dan pasaran eksport terbesar Peru selama 12 tahun berturut-turut.
Lebih istimewa tahun ini merupakan ulang tahun ke-55 hubungan diplomatik China-Peru.
Justeru beliau berkata, China komited berusaha bersama kerajaan baharu Peru untuk mendorong hubungan dua hala mencapai lebih banyak hasil yang cemerlang.
Sementara itu Fujimori pula menyatakan bahawa pihaknya amat mementingkan hubungan dengan China dan tegas mengamalkan dasar satu China.
Ujarnya pelaburan China ke Peru memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan sosioekonomi di negara itu.
Katanya lagi, pihaknya komited mempergiat kerjasama dengan China dalam pelbagai sektor bagi mendorong hubungan dua hala terus maju ke depan.













Tinggalkan Balasan