China Cela AS Masukkan 40 Syarikat China dalam Senarai UFLPA

Jurucakap Kementerian Perdagangan China (MOFCOM) pada Sabtu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Amerika Syarikat (AS) memasukkan lebih 40 syarikat China ke dalam Senarai Entiti “Akta Pencegahan Kerja Paksa Uygur” (UFLPA) dan menyifatkan tindakan itu sebagai tidak berasas.

“AS mengamalkan sekatan sepihak ke atas syarikat China berdasarkan undang-undang domestik dengan alasan ‘hak asasi manusia’ dan ‘kerja paksa’.

“Tindakan AS itu secara serius mencabuli hak dan kepentingan sah syarikat China terbabit, serta menjejaskan kestabilan rantaian perindustrian dan rantaian pembekalan antarabangsa,” kata jurucakap MOFCOM.

Beliau menegaskan China secara konsisten menolak kerja paksa. Penduduk di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang kini hidup dalam suasana aman dan harnomi, manakala ekonomi di wilayah itu berkembang baik, dan masyarakatnya tenteram. Tiada apa yang disebut “kerja paksa”. 

China menuntut pihak AS segera berhenti memfitnah Xinjiang dan memanipulasikan isu “kerja paksa”, dan menarik balik sekatan tidak berasas terhadap syarikat China.

China akan mengambil langkah yang perlu untuk membela hak dan kepentingan sah syarikatnya, tegas jurucakap itu.