C919 China Mulakan Penerbangan Antarabangsa Berjadual ke Mongolia

Penerbangan Air China CA723 yang dikendalikan pesawat penumpang besar buatan China C919 mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Genghis Khan Baharu di Mongolia pada pukul 4.58 petang Rabu.

Pihak Mongolia turut mengadakan sambutan khas sempena penerbangan sulung C919, termasuk sambutan water salute.

Menteri Pengangkutan Mongolia, Borkhuu Delgersaikhan dan Ketua Pengarah Penerbangan Awam Mongolia, Erdene-Ochir Turbayar turut hadir menyambut ketibaan pesawat tersebut.

Penerbangan dari Beijing ke Ulaanbaatar itu merupakan kali pertama C919 digunakan untuk mengendalikan laluan penumpang antarabangsa berjadual secara tetap sejak mula beroperasi secara komersial.

Untuk rekod, C919 menjayakan penerbangan komersial pertama pada 28 Mei 2023. 

Sehingga 10 Ogos, pesawat terbabit yang dioperasikan oleh Air China, China Eastern Airlines, dan China Southern Airlines telah membuka sebanyak 57 laluan menghubungkan 25 bandar, dan berjaya membawa lebih 7.5 juta penumpang dengan selamat.