Kumpulan Kedua Bantuan Kemanusiaan China Tiba di Kathmandu, Nepal

Kumpulan kedua bantuan kemanusiaan yang disumbangkan China bagi menangani bencana banjir lumpur dan tanah runtuh tiba di Kathmandu, Nepal pada Selasa waktu tempatan.

Bantuan tersebut merangkumi peralatan penulenan air, pencahayaan, ujian genetik serta dron.

Pakar China dalam pengenalpastian genetik yang tiba bersama kumpulan bantuan tersebut turut akan bergegas ke kawasan terjejas untuk membantu pihak nepal menjalankan kerja-kerja berkaitan.

Sebelum ini bencana banjir lumpur dan tanah runtuk yang berlaku di sempadan China-Nepal di Gyirong-Rasuwa telah menyebabkan jumlah korban jiwa yang ramai selain kehilangan harta benda yang besar.

Selain menjalankan misi menyelamat dan bantuan kecemasan di China, Beijing turut menghulurkan bantuan kepada Nepal bagi menyokong usaha usaha negara itu dalam pasca bencana.