Program “Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping” versi bahasa Arab terbitan Kumpulan Media China (CMG) dilancarkan dalam satu majlis yang diadakan di Kaherah, pada Selasa.
Penyiaran program di arus perdana Mesir bersempena dengan lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping ke negara itu.
Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi dalam surat tahniahnya meluahkan harapan untuk mengambil peluang lawatan Presiden Xi kali ini untuk membuka fasa baharu bagi hubungan kedua-dua negara.
Beliau juga menantikan kedua-dua negara untuk merapatkan persahabatan dan kerjasama supaya membawa lebih banyak kemakmuran dan kemajuanan kepada rakyat kedua-dua negara, di samping menyumbang kepada pembangunan dan keamanan dunia.
Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapannya berkata bahawa penerbitan program “Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping” oleh CMG membuka jendela bagi audiens untuk memahami pemikiran Xi dan budaya China, serta lebih mengetahui kebijaksanaan dan semangat China.
Untuk rekod, program “Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping” menghimpunkan petikan karya klasik dan kata-kata hikmat yang digunakan Xi dalam ucapan, artikel dan kenyataannya dengan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi, inovasi sains dan teknologi, perlindungan ekologi alam sekitar, kesejahtaraan rakyat dan lain-lain. Program berkenaan memaparkan pemikiran Presiden Xi dalam mentadbir negara serta pengalaman China dalam merungkai pelbagai isu global.












Tinggalkan Balasan