IPOH, 1 Sept — Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad melantik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kenering Datuk Mohd Tarmizi Idris sebagai setiausaha politik baharunya hari ini.
Saarani mengumumkan perkara tersebut dalam satu catatan yang dimuat naik di laman Facebook hari ini.
“Pagi ini saya menyerahkan watikah pelantikan kepada Setiausaha Politik saya yang baharu, Datuk Mohd Tarmizi Idris. Tahniah Datuk Mohd Tarmizi di atas pelantikan ini.
“Semoga dapat menggalas amanah dan tanggungjawab ini dengan sebaiknya serta bersama-sama membantu melancarkan gerak kerja pentadbiran dan khidmat kepada rakyat. Selamat menjalankan tugas,” katanya.
Mohd Tarmizi pernah menjadi ADUN Kenering selama empat penggal sejak tahun 2004 hingga 2022 dan kini memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Lenggong.
Pada 20 Ogos, Saarani mengesahkan setiausaha politiknya sebelum ini Mohamad Hamidi Baharuddin meletakkan jawatan berkuat kuasa 17 Ogos.
Saarani berkata surat peletakan jawatan diterima pada 10 Ogos dengan Mohamad Hamidi menyatakan keputusan dibuat atas faktor kesihatan dan memerlukan masa untuk rawatan.
















Tinggalkan Balasan