Kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan detik pembukaan Pertandingan WorldSkills Competition Ke-48 di Shanghai yang berlansung pada Selasa malam dan majlis pelancaran Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE) Ke-5 di Hangzhou pada Rabu disifatkan sebagai simbol keakraban persahabatan serta kerjasama yang baik antara China dengan Malaysia.
Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar (MFA) China, Guo Jiakun dalam sidang media di Beijing pada Selasa.
Guo berkata, China dan Malaysia merupakan negara jiran yang rapat, sahabat sejati, dan juga rakan kongsi ikhlas.
Kedua-dua negara mengekalkan trend perkembangan hubungan yang baik sejak ikatan diplomatik dua hala yang terjalin pada 50 tahun yang lalu, malah kerjasama dalam pelbagai bidang juga membuahkan hasil yang positif dan memberangsangkan.
Buat masa ini, kedua-dua negara sedang berganding bahu untuk membina Komuniti Berkongsi Nasib China-Malaysia yang bertaraf tinggi dan strategik.
Guo turut menyatakan harapan China untuk bekerjsama dengan Malaysia bagi memantapkan penyelarasan strategik pembangunan, memajukan pembinaan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang berkualiti tinggi, mempererat komunikasi dan koordinasi berhubung isu antarabangsa dan serantau, sekaligus mencapai lebih banyak hasil dalam usaha pembinaan komuniti berkongsi nasib kedua-dua negara.
Difahamkan, WorldSkills Competition ke-48 di Shanghai berlangsung dari 22 hingga 27 september, manakala GDTE Ke-5 diadakan di bandar Hangzhou, ibu kota provinsi Zhejiang dari 23 hingga 27 September.













Tinggalkan Balasan