Perdana Menteri China, Li Qiang menyempurnakan majlis perasmian dan menyampaikan ucaptama sempena Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE) Ke-5 yang berlangsung di Hangzhou pada Khamis.
Majlis berprestij itu turut dihadiri Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Kyrgyztan, Adylbek Kasymaliev, bersama lebih 1,200 perwakilan dari hampir 50 negara, wilayah serta organisasi antarabangsa.
Dalam ucapannya, Li telah menarik perhatian mengenai pandangan Presiden Xi Jinping yang menegaskan bahawa teknologi digital kini semakin menyerap masuk ke dalam seluruh proses pembangunan ekonomi dan sosial, selain mengubah cara pengeluaran, gaya hidup dan kaedah tadbir urus sosial secara mendalam.
Bagi mendepani gelombang pendigitalan itu, beliau turut berkongsi tiga pendekatan utama China dalam memacu masa depan perdagangan antarabangsa iaitu pertama memanfaatkan perdagangan digital untuk menyelami perubahan dan trend baharu dalam pembangunan ekonomi serta perdagangan antarabangsa; kedua, mendorong perkembangan perdagangan global yang lebih baik pada era digital menerusi minda terbuka dan ketiga, memastikan China terus menyumbang impak lebih besar kepada landskap perdagangan digital global menerusi tindakan yang praktikal.
Sementara itu, pemimpin luar yang hadir turut menzahirkan penghargaan kepada China atas kesediaan negara itu berkongsi hasil pembangunan teknologinya dengan negara-negara lain.
Mereka juga menzahirkan harapan supaya bekerjasama China untuk merapatkan jurang digital, membina sistem dagangan digital global yang adil, baik, selamat dan inklusif, serta sentiasa menyuntik momentum baharu bagi pembangunan dunia yang mampan.













Tinggalkan Balasan