Kenapa Pegawai Perusahaan Multinasional Berminat Lawat Kilang di China?

Pada September lalu, beberapa pameran antarabangsa yang diadakan di China seperti Pameran Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa China (CIFIT) dan Pameran Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) telah menarik penyertaan banyak pegawai kanan perusahaan multinasional. 

Selepas menyertai pameran berkenaan, pegawai-pegawai itu tidak terus pulang ke negara masing-masing, tetapi melawat ke kilang-kilang di China.

Ketua Pegawai Eksekutif Greenwood Power Kft Hungary, Jaszfi Vince telah datang ke China untuk dua kali. Sebelum pembukaan CIFIT, beliau telah melawat ke beberapa kilang di Tianjin. Sebaik sahaja pameran itu berakhir pula, beliau segera pergi ke provinsi Gansu untuk lawatan kerja selama seminggu di sana. 

Setelah pulang ke negaranya, Vince berkongsi pengalaman lawatan beliau kali ini dengan wartawan melalui panggilan video. 

“Yang paling mengagumkan saya adalah syarikat BYD. Teknologi canggih dalam industri automotif meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya. 

“Kami juga telah melawat beberapa perusahaan pemprosesan logam, petrokimia serta kabel. Kami mengambil peluang itu untuk merunding dan membincangkan pelaksanaan projek kerjasama,” ujar Vince. 

Lawatan pegawai kanan perusahaan multinasional ke kilang di China merupakan satu contoh syarikat antarabangsa yang merebut peluang di China. 

Naib Presiden Eksekutif KONE Corporation Finland yang juga Presiden KONE Greater China, Bao Jiafeng menyatakan bahawa China merupakan sumber peluang inovasi terbesar pada masa hadapan. 

“Untuk pembangunan syarikat kami bagi fasa seterusnya, kami akan berakar di Kawasan Teluk Besar dan membangun bersama dengan rakan kongsi kami,” ujar Bao.