Sebuah pesawat C-208 Filipina menceroboh masuk ke ruang udara Pulau Huangyan China secara haram pada 3 Oktober.
Medan Selatan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) telah mengerahkan pasukan tentera laut dan udara untuk memantau, memberi amaran dan mengusir pesawat tersebut, menurut jurucakap Medan Selatan Kolonel Zhai Shichen.
Beliau mengatakan, tindakan Filipina itu mencabuli dengan serius kedaulatan China, dan pihak Filipina digesa menghentikan tindakan pencerobohan dan provokasi dengan segera.
Beliau menegaskan bahawa PLA akan mengekalkan kewaspadaan tinggi, dan dengan tegas membela kedaulatan dan keselamatan negara serta kedamaian dan kestabilan serantau.













Tinggalkan Balasan