KUALA LUMPUR, 9 Okt — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima taklimat mengenai lawatan negara Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi dan Raja Jordan Raja Abdullah II ke Malaysia.
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, taklimat berkenaan dipersembahkan oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan ketika menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Bukit Tunku di sini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Amran Mohamed Zin serta pegawai kanan kementerian berkenaan.
El-Sisi akan mengadakan lawatan negara selama dua hari ke Malaysia bermula hari ini atas undangan Sultan Ibrahim manakala Raja Abdullah II dijadualkan mengadakan lawatan pada 11 hingga 12 Oktober.













Tinggalkan Balasan