Pentadbiran Warisan Budaya Negara China (NCHA) secara rasminya telah menerima penyerahan dua artifak purba yang hilang dari Galeri Kebangsaan Australia (NGA) dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung pada Rabu petang waktu tempatan.
Dua khazanah berharga tersebut dikenalpasti sebagai bahagian kepala arca Pegawai Awam dari Makam Diraja Yongchang serta bahagian kepada arca Pegawai Tentera dari Makam Diraja Yongyu, yang kedua-duanya berasal daripada zaman Dinasti Song Utara (tahun 960-1127).
Pihak China menyifatkan kejayaan pemulangan ini merupakan satu pencapaian penting hasil komitmen bersama kedua-dua negara dalam melaksanakan konvensyen antarabangsa serta memelihara warisan budaya sejagat.
Kerjasama strategik ini bukan sahaja menjadi bukti keutuhan hubungan diplomatik, malah dijangka bakal memperkukuh pertukaran budaya di kalangan rakyat dan menjana impak sosial di kedua-dua negara.












Tinggalkan Balasan