Laluan Lingkaran Metro Terpanjang China Beroperasi di Wuhan

Laluan 12 kereta api bawah tanah beroperasi secara rasmi di bandar Wuhan pada Khamis, sekali gus menjadi laluan lingkaran metro paling panjang di China.

Laluan metro sepanjang 59.9 kilometer itu dilengkapi dengan 37 buah stesen bawah tanah.

Masa perjalanan untuk keseluruhan laluan itu ialah kira-kira 96 minit.

Pembinaan laluan metro itu berjaya mengatasi siri kesulitan dari segi teknik terutamanya bagi menyeberangi Sungai Yangtze dan Sungai Hanjiang dari bawah tanah.