KUALA LUMPUR, 3 Nov — Kerajaan menolak andaian peningkatan kes penyeludupan dadah berskala besar di negara ini berpunca daripada pemansuhan hukuman mati mandatori.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerangka perundangan sedia ada cukup ketat dan memadai, namun cabaran utama yang perlu ditangani secara agresif ialah isu ketirisan serta pembolosan sempadan darat, laut serta udara negara.
“Sebab itu kita memperkukuh agensi AKPS (Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan) sebab kita tahu penyeludupan itu (berskala) besar,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang ingin tahu jika pemansuhan hukuman itu bagi kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 menjadi punca penyeludup semakin berani membawa masuk dadah dalam kuantiti besar kerana tidak gentar terhadap hukuman penjara seumur hidup.












Tinggalkan Balasan