ASEAN Mesti Kukuhkan Intergrasi Ekonomi, Bertindak Secara Kolektif Dalam Kancah Gangguan Global

KUALA LUMPUR, 25 Mei — ASEAN perlu segera mengukuhkan integrasi ekonomi serantau dan daya tahan kolektif, di tengah-tengah kancah gangguan global yang semakin sengit, termasuk perang perdagangan Amerika-China, perubahan iklim dan peralihan teknologi yang pantas, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata persaingan kuasa besar dan perubahan yang terhasil dalam aturan global, berpotensi mengganggu landskap serantau, kerana negara-negara ASEAN adalah antara negara yang paling terjejas akibat tarif yang dikenakan Amerika.

Mohamad menekankan keperluan untuk blok itu mendekati isu tersebut secara kolektif dan mengambil peranan aktif dalam mengharungi pergolakan pada tahun-tahun mendatang.

“Kita mesti manfaatkan detik ini untuk mengukuhkan integrasi ekonomi serantau, supaya kita dapat melindungi rantau kita dengan lebih baik daripada kejutan luar.

“Sambil kita menggerakkan usaha membina komuniti, kita mesti berhadapan dengan realiti bahawa usaha mengurangkan jurang perbezaan pendapatan dalam ASEAN mesti dilihat sebagai keutamaan,” katanya semasa ucapan perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

“Sambil kita memajukan usaha membina komuniti, kita mesti berhadapan dengan realiti, yang mengurangkan pendapatan jurang dalam ASEAN, mesti dilihat sebagai keutamaan,” katanya semasa ucapan perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.