Isteri Presiden China, Peng Liyuan, melawat The Nasional Museum of Asian Art di Washington, bersama isteri Presiden Amerika Syarikat (AS), Melania Trump pada Khamis.
Peng Liyuan memuji usaha AS yang berturut-turut memulangkan artifak China dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan berharap kedua-dua pihak terus memperkukuh pertukaran budaya dan kerjasama perlindungan warisan budaya, serta mengeratkan persahabatan rakyat kedua-dua negara.
Selepas kunjungan, Peng Liyuan dan Melania Trump menonton persembahan koir belia AS menyanyikan lagu-lagu China dan berbual mesra dengan mereka.
Peng Liyuan menggalakkan mereka terus belajar bahasa dan budaya Cina, supaya menjadi duta persahabatan China-AS.













Tinggalkan Balasan