Acara pertukaran budaya “Echoes of Peace” serta pameran seni visual berlangsung di Washington, D.C. pada Rabu.
Aktiviti itu dianjurkan bersama oleh Kedutaan Besar China di Amerika Syarikat (AS) dan Kumpulan Media China (CMG) menjelang sambutan ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia.
Seramai 200 tetamu dari kalangan ahli perniagaan, penggiat seni dan pengamal media serta wakil pelajar tempatan dijemput menghadiri aktiviti berkenaan.
Duta Besar China ke AS, Xie Feng berkata sejarah membuktikan bahawa prasangka, diskriminasi serta kebencian dan perang hanya mengundang malapetaka dan penderitaan, sebaliknya rasa saling hormat, hidup berdampingan secara aman dan kerjasama untuk manfaat bersama merupakan jalan tepat yang patut ditempuhi.
Difahamkan, karya filem terbitan China antaranya Flying Tigers: Shadows Over China, The Secret Betrayal dan The Sinking of the Lisbon Maru turut ditayangkan untuk tontonan khalayak ramai.
Tinggalkan Balasan