Acara pertukaran kebudayaan “Echoes of Peace” sesi khas Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang dianjurkan bersama oleh Kedutaan Besar China di UAE dan Kumpulan Media China (CMG) berlangsung di Abu Dhabi pada Khamis.
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia.
Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapan video berkata, pihaknya bersedia untuk memperkasakan kerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa dan membina platform media untuk penyiaran berita, pertukaran maklumat dan perkongsian sumber.
“Ayuh kita menimba pengalaman daripada sejarah, bersama-sama melakar masa depan yang lebih gemilang, dan berganding bahu untuk menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan, demi menjaga keamanan bersama,” ujar Shen.
Dihadiri lebih 60 tetamu dari kalangan akademik dan media di rantau Asia Barat, sesi khas ini menumpukan topik-topik seperti usaha menjaga orde antarabangsa pasca perang, mengukuhkan kerjasama Selatan-Selatan, dan lain-lain.
Tinggalkan Balasan