Program Terpilih CMG Bersiaran di Media Arus Perdana Ekonomi Anggota APEC

Lebih 20 program terpilih Kumpulan Media China (CMG) mula disiarkan menerusi media arus perdana ahli Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada Rabu.

Penyiaran berkenaan sempena Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-33, membabitkan program premium antaranya ‘The Heritage Guardian’, ‘Letters Across Mountains and Seas’, ‘China Flash Forward’, ‘The Miracles’ dan ‘When Flowers Bloom’ yang dijadual bersiaran di lebih 30 media dari 15 ekonomi anggota APEC sehingga hujung Februari 2027.

Program pelbagai genre berkenaan memberi pendedahan kepada masyarakat Asia Pasifik mengenai kedinamikan pembangunan China pada era baharu, selain memaparkan aspirasi bersama bagi memperkukuh pembelajaran bersama antara tamadun dan mewujudkan kerjasama menang-menang.

Pengasas Bersama Institut Gentala Indonesia, Fathan Sembiring menyatakan bahawa program ‘China Flash Forward’ membuka mata penonton Indonesia tentang pembangunan China pada zaman kontemporari.

Menurut beliau, teknologi dan inovasi China serta semangat perjuangan dan kreativiti generasi muda dipamerkan menerusi program itu.