Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Portugal Luis Montenegro di Beijing pada Selasa.
Dalam pertemuan tersebut, Xi berkata kedua-dua negara harus memperkasa penyelarasan strategi pembangunan serta memperluas kerjasama pragmatik dalam bidang inovasi, hijau, maritim, perubatan dan lain-lain.
Ujarnya, peranan unik dimainkan Macau sebagai jambatan perlu dimanfaatkan, dan mekanisme seperti Forum Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-Negara Berbahasa Portugis (PSC) juga harus dioptimumkan.
Beliau turut menekankan keperluan menggalakkan pertukaran antara kedua-dua pihak membabitkan budaya, pendidikan, pelancongan dan penyelidikan saintifik.
Sementara itu, Montenegro menzahirkan kesediaan Portugal untuk memperkukuh rasa saling percaya dari segi politik dan meningkatkan kolaborasi dengan China dalam bidang tenaga, kewangan, kesihatan, tali air dan sebagainya.
Tinggalkan Balasan