Forum Kebudayaan Antarabangsa Panda Emas 2025 Berlangsung di Chengdu

Forum Kebudayaan Antarabangsa Panda Emas 2025 berlangsung di Chengdu, provinsi Sichuan pada Sabtu, dihadiri lebih 780 peserta dari dalam dan luar negara.

Para hadirin berpendapat bahawa aspek budaya dan tamadun amat penting bagi merungkai cabaran bersama dan mewujudkan masa depan yang indah.

Justeru, negara-negara di dunia perlu memperkasa pertukaran dan kerjasama sosiobudaya melibatkan pendidikan, sains dan teknologi, kebudayaan, media dan sebagainya bagi merancakkan integrasi budaya dan meningkatkan persefahaman sesama rakyat.

Forum anjuran bersama Persekutuan Kumpulan Kesusasteraan dan Kesenian China (CFLAC) dan kerajaan tempatan provinsi Sichuan itu merupakan antara acara utama Anugerah Panda Emas edisi ke-2.