KUALA LUMPUR, 2 Okt — Perkhidmatan Melayu, Pusat Pengaturcaraan Bahasa, Asia dan Afrika China Media Group (CMG) telah mengadakan sesi tayangan dan perbincangan dokumentari “Magis Rentak Xinjiang” di Kuala Lumpur, Malaysia. Acara ini telah menjemput wakil-wakil daripada media tempatan untuk bersama-sama meneliti dan membincangkan persembahan budaya China-Malaysia yang ditunjukkan dalam dokumentari tersebut.
Semua yang hadir menonton dokumentari ini amat terkagum dengan keindahan landskap Xinjiang yang menakjubkan, serta turut tersentuh dengan suasana harmoni yang dipamerkan oleh masyarakat tempatan. Dokumentari ini konsisten mendapat pengiktirafan dan pujian daripada para media.
Walaupun tidak dapat hadir pada sesi tayangan tersebut, bekas Ketua Pengarang agensi berita BERNAMA, Datuk Mokhtar Hussein tetap hantar ulasan selepas menonton.
“Keindahan semula jadi Xinjiang sungguh menajubkan. Paparan video ini mengubat kerinduan banyak pihak yang tidak berpeluang menatap dan merasai pengalaman menerokai keajaiban yang terdapat di bumi penuh misteri wilayah Xinjiang. Kedamaian dan keharmonian jelas terpancar melalui budaya dan nilai-nilai hidup penuh estetika masyarakat setempat seperti di mana jua di dunia. Paparan seperti ini harus diteruskan untuk satukan jiwa setiap insan di dunia yang idamkan kedamaian berserta nilai estetika budaya setempat seperti paparan keindahan wilayah Xinjiang.” – Datuk Mokhtar Hussain, bekas Ketua Pengarang agensi berita Bernama.















Tinggalkan Balasan