Dialog Global “Inovasi, Keterbukaan dan Kongsi Pembangunan” Diadakan di Manama

Siri Dialog Global yang bertajuk “Inovasi, Keterbukaan dan Kongsi Pembangunan” anjuran Kumpulan Media China (CMG) dan Kedutaan Besar China ke Bahrain telah diadakan di ibu kota Manama baru-baru ini.

Presiden CMG Shen Haixiong berkata, dalam Sidang Pleno keempat Jawatankuasa Pusat penggal ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang baru menutup tirai di Beijing, China komited memperluas keterbukaan pada tahap tinggi dan meneroka peluang baharu bagi kolaborasi yang sama menang. 

“CMG bersedia mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan dan mencipta masa depan umat manusia yang lebih cemerlang,” kata Shen, yang juga merupakan Naib Ketua Jabatan Seranta Jawatankuasa Pusat PKC.

Presiden Persatuan Persahabatan Bahrain-China, Jawad Al Hawaj berkata, kedua-dua negara berpotensi besar dalam mendorong kerjasama ekonomi digital, tenaga bersih, teknologi canggih, kebudayaan dan pendidikan.

Pihaknya bersedia menjadi wahana interaksi antara kedua-dua negara, membantu pelbagai kalangan masyarakat Bahrain mengenali konsep pembangunan dan kemajuan teknologi China, di samping menggalakkan kemakmuran bersama dan menyejahterakan rakyat.