CMG Anjur Pameran Robot Penjagaan Kesihatan Pintar di Chengdu

Pameran robot penjagaan kesihatan pintar anjuran Kumpulan Media China (CMG) membuka tirai di Chengdu, provinsi Sichuan pada Rabu bersempena dengan Persidangan Robot Pengasuh.

Acara berkenaan membolehkan pengunjung merasai sendiri bagaimana teknologi pintar memudahkan kehidupan warga emas, termasuk bantuan perjalanan, sokongan emosi, pemulihan dan pemantauan kesihatan.

Sebanyak 175 jenis produk inovatif daripada lebih 100 syarikat pengeluar robot dipertontonkan untuk tatapan orang ramai.