Dialog Global “Inovasi, Keterbukaan dan Kongsi Pembangunan” Berlangsung di Colombo

Sidang pleno keempat Jawatankuasa Pusat penggal ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang berlangsung di Beijing baru-baru ini merupakan satu batu tanda yang penting di China pada era baharu, dengan menggariskan hala tuju negara ini untuk terus meningkatkan tahap keterbukaan demi situasi kerjasama yang menang-menang.

Demikian dinyatakan Shen Haixiong, Presiden Kumpulan Media China (CMG) ketika menyampaikan ucapan secara maya dalam Dialog Global “Inovasi, Keterbukaan, Kongsi Pembangunan Bersama” anjuran CMG di sini pada Selasa. 

Shen yang juga merupakan Naib Ketua Pengarah Jabatan Publisiti  PKC berkata, negara China pada zaman baharu konsisten dalam melaksanakan dasar ‘pintu terbuka’, dan berkongsi hasil pembangunan dan inovasi dengan pelbagai negara di sebalik situasi global yang berubah-ubah, yang dipercayai boleh membawa lebih banyak keyakinan dan kekuatan kepada landskap dunia yang penuh dengan unsur tidak menentu. 

Tegasnya, CMG akan bekerjasama dengan rakan-rakan untuk membina platform antarabangsa melalui rundingan bersama, mengamalkan empat Inisiatif Global dan berkongsi “pelan China” untuk tadbir urus di pentas dunia.

Menteri Buruh Sri Lanka, Anil Jayantha Fernando berkata, dialog kali ini amat bermakna pada zaman baharu ini. Sri Lanka menyokong pendirian China mengenai kerjasama dan keterbukaan, bersedia memperkukuh perpaduan, kolaborasi dan persahabatan dengan China demi masa depan lebih cerah. 

Turut hadir, lebih seratus perwakilan pegawai kerajaan, ahli akademik, tokoh perdagangan, pelajar dan pengamal media dari kedua-dua negara.