Timbalan Menteri Luar Tandatangan Buku Ucapan Takziah Untuk Ratu Sirikit

KUALA LUMPUR, 4 Nov — Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin pada Isnin menandatangani buku ucapan takziah di Kedutaan Besar Thailand di sini bagi menyampaikan ucapan simpati dan takziah Malaysia atas pemergian Bonda Ratu Thailand, Ratu Sirikit.

“Malaysia bersolidariti bersama dengan keluarga diraja, kerajaan dan rakyat Thailand dalam tempoh mereka berkabung di seluruh negara itu, ” menurut hantaran Kementerian Luar  di Facebook pada Selasa.

Kementerian itu berkata Bonda Ratu akan sentiasa dikenang atas ketabahan, sifat penyayang dan dedikasi sepanjang hayat baginda terhadap kebajikan rakyat Thailand.

Ratu Sirikit mangkat pada 24 Okt lepas pada usia 93 tahun.