Pasangan Panda Gergasi Chen Xing, Xiao Yue Tiba di Malaysia

Pasangan panda gergasi Chen Xing dan Xiao Yue dari China selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa malam.

Dua ekor panda baharu itu adalah dari Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Panda Gergasi China dan akan tinggal di Malaysia untuk tempoh sepuluh tahun bermula dari 2025 hingga 2035.