Durian kini merupakan buah-buahan yang diminati ramai pengguna di China.
Dengan beroperasinya perkhidmatan logistik rantaian sejuk dari Pelabuhan Kuantan ke pelabuhan di Teluk Beibu, wilayah Guangxi pada bulan Mei, masa pengangkutan durian telah dipendekkan kepada kira-kira 48 jam.
Durian Malaysia juga boleh dihantar dengan pantas ke pasaran di bahagian barat China seperti bandar Chongqing dan Chengdu menerusi Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu di Barat China yang dilengkapi jaringan pengangkutan cekap.
Perkhidmatan pengangkutan rel-laut koridor itu kini mengendalikan hantaran sebanyak 1,234 jenis barangan melibatkan 556 pelabuhan di 127 negara dan wilayah di dunia. Ia sekali gus merapatkan hubungan perdagangan antara bahagian barat China dengan ASEAN, malah dunia.














Tinggalkan Balasan