Syarikat penerbangan China Eastern Airlines melancarkan laluan penerbangan sehala yang terpanjang di dunia pada awal pagi Khamis.
Pesawat penerbangan MU754 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai, menuju ke Buenos Aires, Argentina dengan melalui Auckland, New Zealand.
Laluan penerbangan berkenaan merentasi hemisfera timur-barat dan utara-selatan, dengan jarak kira-kira 20,000 kilometer.
Pelancaran penerbangan itu sekali gus akan memendekkan masa penerbangan dari China ke Amerika Selatan sebanyak lebih empat jam.

















Tinggalkan Balasan