Bank Dunia telah menaikkan unjuran terhadap pertumbuhan ekonomi China bagi tahun 2025 sebanyak 0.4 mata peratusan. Ini terkandung dalam buletin ekonomi China edisi terkini yang dikeluarkan Bank Dunia di sini hari ini.
Pihak Bank Dunia menyatakan bahawa dasar fisikal yang lebih proaktif dan dasar mata wang yang longgar sederhana yang dilaksanakan kerajaan China telah memberikan sokongan kepada penggunaan dan pelaburan domestik. Serentak itu, operasi pasaran eksport China kekal terjamin, disokong oleh peningkatan kepelbagaian saluran pengeksportan.
Pertumbuhan ekonomi China bagi tempoh beberapa tahun akan datang akan lebih bergantung pada permintaan domestik. Demikian dinyatakan Ketua Biro China Bank Dunia, Puan Mara Warwick.
Menurut beliau, dasar fisikal yang lebih proaktif, pembaharuan struktur yang diperhalusi secara berterusan dan peningkatan kebolehjangkaan tentang suasana perniagaan di China, dilihat kondusif bagi mengukuhkan keyakinan pemain industri sekali gus menyediakan asas kepada pertumbuhan ekonomi yang akomodatif dan mampan.














Tinggalkan Balasan