Olimpik Paris 2024 Telan Belanja Lebih US$3.2 Bilion – Laporan

MOSCOW, 17 Dis — Suruhanjaya Perancangan Tinggi Perancis menganggarkan kos penganjuran Sukan Olimpik Musim Panas 2024 di Paris berjumlah €2.8 bilion (lebih US$3.2 bilion), lapor Sputnik/RIA Novosti memetik radio Europe 1.

Anggaran suruhanjaya sebanyak €2.8 bilion itu adalah jauh lebih rendah berbanding anggaran Mahkamah Juruaudit Perancis, yang menganggarkan kos Sukan Olimpik berkenaan sebanyak €6.6 bilion pada September 2024, lapor Europe 1 pada Selasa.

Tidak seperti Mahkamah Juruaudit Perancis, suruhanjaya itu turut mengambil kira kesan positif penganjuran temasya berkenaan terhadap peluang pekerjaan dan pembangunan infrastruktur di Perancis.