China Berjaya Banteras 258,000 Kes Penipuan Telekomunikasi pada Tahun 2025

China berjaya menyelesaikan kira-kira 258,000 kes penipuan telekomunikasi dalam talian sepanjang tahun 2025.

Kementerian Keselamatan Awam China dalam sidang media pada Khamis memaklumkan, pihaknya dengan jabatan lain  turut berjaya menyekat 3.6 bilion panggilan dan 3.3 bilion mesej penipuan, serta menyekat pemindahan kecemasan dana penipuan berjumlah RMB21.707 juta (RM12.6 juta).

Kementerian itu juga memaklumkan, pihaknya juga akan mempercepat usaha mewujudkan pakatan antarabangsa bagi membanteras penipuan telekomunikasi dalam talian.

Bagi merealisasikan usaha tersebut, pasukan kerja telah beberapa kali dihantar ke Myanmar, Thailand dan kemboja bagi menjalankan kerjasama penguatkuasaan undang-undang, yang membawa kepada pembongkaran sejumlah besar sarang penipuan di luar negara.

Berhubung situasi serius kes penipuan komunikasi yang melibatkan warga China di Myawaddy, satu mekanisme penyelarasan tiga pihak telah diwujudkan antara China, Myanmar dan Thailand.

Setakat ini, lebih 7,600 warga China yang disyaki terlibat dalam penipuan telekomunikasi di Myawaddy telah diekstradisi pulang ke China.