Kadar Antara Bank Jangka Pendek Diunjur Kekal Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 5 Okt — Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM45.88 bilion dalam pasaran konvensional dan RM30.52 bilion dalam pasaran wang Islam. 

BNM akan menjalankan satu tender repo berbalik bernilai RM5.5 bilion untuk tujuh hari dan satu tender repo berbalik sebanyak RM500 juta bagi 92 hari.

Bank pusat itu urut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM51.9 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM30.5 bilion.