ISTANBUL, 15 Okt — Seramai 19 orang maut dan 364 lagi cedera dalam serangan kumpulan Houthi Yaman ke atas lapangan terbang Arab Saudi, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dan Lapangan Terbang Antarabangsa Abha, lapor Anadolu Ajansi memetik pakatan diketuai Arab Saudi pada Khamis.
“Serangan Houthi terhadap Arab Saudi semakin meningkat sejak awal Oktober, susulan peningkatan serangan kumpulan yang disokong Iran itu terhadap negara berkenaan sejak Julai,” kata jurucakap pakatan Turki al-Maliki pada sidang media yang disiarkan saluran berita Saudi Alekhbariya News TV.
“Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh menjadi sasaran 20 serangan Houthi sejak awal Oktober,” katanya.
“Seramai 17 orang maut dan 333 lagi cedera dalam serangan ke atas lapangan terbang itu antara 7 hingga 11 Okt.”
“Dua orang turut maut dan 28 lagi cedera dalam serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Abha di wilayah Asir, barat daya Arab Saudi,” kata jurucakap itu.
Menurut angka pakatan itu, tiga lagi cedera dalam serangan yang menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdullah di wilayah Jazan, barat daya Arab Saudi.









Tinggalkan Balasan