Menurut satu set data didedahkan Kementerian Keselamatan Awam pada sidang akhbar anjuran Pejabat Penerangan Dewam Negara China semalam, pada separuh pertama tahun ini, ketibaan pengembara asing di China mencecah 22.914 juta orang, antaranya 17.815 juta orang masuk tanpa visa, masing-masing meningkat 20.4 peratus dan 30.6 peratus tahun ke tahun.
Peningkatan ketibaan pengembara asing seumpama itu sudah menjadi satu pendorong baharu bagi pertumbuhan ekonomi di negara ini.
Kastam China di Lapangan Terbang Zhangjiajie telah menjadi satu pintu utama bagi pelancong asing yang masuk ke provinsi Hunan di selatan China, susulan penguatkuasaan dasar bebas visa untuk mereka yang transit dalam tempoh 240 jam. Pada masa ini, terdapat 13 laluan penerbangan penumpang pergi-balik yang meliputi 8 negara dan wilayah yang beroperasi di Zhangjiajie. Para pelancong asing boleh menikmati perkhidmatan pelepasan kastam yang pantas yang hanya memerlukan 30 minit, dan memasuki setiap tapak peranginan dengan hanya memegang pasport sahaja sebagai tanda bayaran tiket.
Sementara itu, populariti pelbagai laluan antarabangsa yang meliputi 9 negara Eropah di Lapangan Terbang Shenzhen terus meningkat sejak bermulanya cuti sekolah musim panas 2026.
Data dari Stesen Pemeriksaan Imigresen Lapangan Terbang Shenzhen menunjukkan bahawa sejak Jun, jumlah penumpang dari negara-negara Eropah yang masuk melalui Lapangan Terbang Shenzhen meningkat 31.6 peratus tahun ke tahun.
Selain itu, susulan pelaksanaan langkah-langkah pembayaran yang semakin mudah dan pelaksanaan dasar pemberian pulangan cukai ke pelancong asing yang keluar dari China, warga asing menunjukkan minat yang semakin besar di sebalik fenomena “Travel in China, Shop in China”. Ini juga mencerminkan negara ‘Tembok Besar’ semakin hebat dalam memikat pelancong asing dengan latarbelakang kebudayaan yang pelbagai.













Tinggalkan Balasan