Artikel Xi Mengenai Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Asia-Pasifik Diterbitkan di Majalah Qiushi

Majalah Qiushi edisi ke-22 yang diterbitkan hari ini, menyiarkan artikel Presiden China Xi Jinping yang bertajuk “Berganding Tangan Membina Komuniti Berkongsi Nasib Asia-Pasifik”.

Artikel tersebut merupakan petikan daripada kenyataan Xi yang disampaikan sepanjang tempoh Oktober 2013 hingga November 2025.

Artikel itu menegaskan bahawa China tetap teguh menempuh jalan pembangunan secara aman dan mengamalkan strategi keterbukaan yang saling menguntungkan.

Dalam usaha mencapai pembangunan sendiri, China turut secara aktif memacu pembangunan bersama negara-negara Asia-Pasifik, sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang kepada rakyat di rantau berkenaan.