Bekas PM Britain Starmer Letak Jawatan Sebagai Ahli Parlimen

LONDON, 1 Sept — Bekas Perdana Menteri Britain Keir Starmer mengumumkan pada Selasa bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen (MP) bagi kawasan Holborn dan St Pancras, lapor Xinhua.

“Sekarang adalah masa yang tepat untuk saya berundur sebagai Ahli Parlimen Holborn dan St Pancras serta menyerahkan tanggungjawab ini kepada pengganti,” kata Starmer dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata akan memberi tumpuan kepada “hal ehwal antarabangsa termasuk pertahanan, keselamatan, perdagangan dan teknologi dalam dunia yang berubah dengan pantas.”

Keputusan Starmer itu akan membuka laluan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen di London berkenaan.

“Sesiapa yang bertuah dipilih sebagai calon Parti Buruh di sini akan mendapat sokongan dan dukungan penuh daripada saya,” kata Starmer.

Starmer mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pemimpin Parti Buruh yang memerintah pada Jun.

Pada Julai, Andy Burnham disahkan sebagai pemimpin Parti Buruh dan mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri Britain.