Presiden China, Xi Jinping menghadiri Mesyuarat ke-26 Majlis Ketua Negara-negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Bishkek pada Selasa.
Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan ucap tama bertajuk “Menggalakkan Pembangunan Berkualiti Tinggi SCO”.
Beliau berkata tahun ini menandakan ulang tahun ke-25 SCO yang telah melalui perjalanan luar biasa sejak ditubuhkan.
Menurutnya, ketika dunia kini berada pada persimpangan yang menentukan masa depan manusia sejagat, SCO perlu memikul tanggungjawab bersejarah serta mengambil inisiatif untuk menerajui hala tuju dunia.
Sehubung itu, Xi mengemukakan empat cadangan, iaitu mengutamakan pembangunan untuk mewujudkan prospek kemakmuran bersama dan menekankan keselamatan untuk mewujudkan persekitaran keselamatan sejagat.
Dua cadangan lagi ialah mengutamakan kepentingan rakyat bagi memperkukuh asas persahabatan antara generasi serta mengalakkan dialog dan rundingan demi menambah baik sistem tadbir urus yang adil dan teratur.
Pada majlis berkenaan, para pemimpin negara turut menandatangani dan mengeluarkan 28 dokumen hasil.
Selain itu, mesyuarat kali ini turut memutuskan bahawa Pakistan akan mengambil alih jawatan presiden bergilir SCO bagi tahun 2026 hingga 2027.













Tinggalkan Balasan