Xi Hadiri Mesyuarat “SCO Plus” di Bishkek

Presiden China, Xi Jinping menghadiri mesyuarat “Pertubuhan Kerjasama Shanghai(SCO)+” di Bishkek pada Selasa dan menyampaikan ucapan bertajuk “Bersama-sama Menyokong Polarisasi Dunia yang Setara dan Teratur, Mencapai Tadbir Urus Global yang Lebih Adil”.

Beliau menekankan bahawa mesyuarat ini menumpu kepada usaha mengukuhkan peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan membina dunia pelbagai hala, menunjukkan tanggungjawab SCO dalam memperbaiki tadbir urus global.

Xi berkata, dengan pembangunan dalam 25 tahun, SCO berjaya menjadi contoh bagi penjalinan hubungan antara negara kuasa besar, negara berjiranan dan negara kecil dengan yang besar, serta mampu menyatukan hampir separuh populasi dunia dan satu perempat ekonomi global.

Semua pihak perlu memahami arus sejarah, memikul tanggungjawab masa kini, berpaksikan rakyat, menegakkan hala tuju dalam pelaksanaan tindakan, bersama-sama menyokong polarisasi dunia yang setara dan teratur, memajukan tadbir urus global yang lebih adil, serta bersama-sama membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Sehubung itu, Xi memberikan cadangan dari tiga aspek, iaitu menggunakan “Kekuatan Shanghai” untuk memacu kemakmuran Eurasia; memanfaatkan “Kebijaksanaan Shanghai” untuk memajukan pembangunan Selatan Global; dan berdasarkan “Tindakan Shanghai” menerajui reformasi dan penambahbaikan tadbir urus global.