Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar Wang Yi mengadakan rundingan dengan Menteri Luar Chile Francisco Pérez Mackenna di Beijing pada Rabu.
Dalam pertemuan itu Wang berkata, China dan Chile mempunyai hubungan persahabatan tradisional yang baik sejak sekian lama.
Wang berkata, sempena ulang tahun ke-10 hubungan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara pada tahun ini, China bersedia memperkasakan kerjasama dengan Chile bagi memanfaatkan “Tahun China” Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), memperdalam kerjasama, mempercepat pembinaan komuniti Asia-Pasifik serta Kawasan Perdagangan Bebas Asia-Pasifik, dan membawa hubungan China-Chile ke tahap baharu.
Sementara itu Perez berkata, kerajaan baharu Chile akan terus berpegang teguh kepada prinsip satu China dan mengalu-alukan China menambah pelaburan di Chile.
Chile berharap “Tahun China” APEC akan mencapai kejayaan dan pihaknya bersedia menyumbang tenaga untuk mencapai kejayaan tersebut.













Tinggalkan Balasan