China menduduki tempat pertama dalam Indeks Keselamatan Awam Global 2026 apabila mencatat skor 84.62 mata.
Selain China, ada sembilan lagi negara yang memperoleh skor melebihi 80 mata, antaranya Singapura dan Uzbekistan.
Perkara itu dimaklumkan semasa sidang media Forum Kerjasama Keselamatan Awam Global yang berlangsung di Lianyungang, provinsi Jiangsu pada Khamis.
Sidang media tersebut turut memaklumkan bahawa Laporan Indeks Keselamatan Global 2026 diterbitkan sempena persidangan tahun ini.
Kajian indeks tahun ini meliputi 62 buah negara merangkumi 82.73 peratus daripada populasi dunia dan 87.47 peratus daripada jumlah ekonomi global.
Laporan tersebut menyatakan bahawa purata skor Indeks Keselamatan Awam Global 2026 bagi 62 buah negara ialah 72.56 mata, meningkat sedikit berbanding tahun sebelumnya.












Tinggalkan Balasan