CIFTIS 2026 Menonjolkan Teknologi Inovatif dan Perdagangan Perkhidmatan

Pejabat Penerangan Dewan Negara mengadakan sidang akhbar pagi tadi untuk memperkenalkan perkembangan perdagangan perkhidmatan China dan kemajuan yang dicapai dalam persiapan untuk Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2026.

Ciri inovasi dan keistimewaan perdagangan perkhidmatan akan ditonjolkan dalam CIFTIS tahun ini, yang bertumpu pada pameran teknologi baharu, penyelesaian baharu dan pencapaian baharu dalam bidang perdagangan perkhidmatan seperti komunikasi maklumat, perubatan digital-pintar, pendidikan pintar, serta penjimatan tenaga dan perlindungan alam sekitar.

Lebih 90 buah syarikat dan institusi akan mengadakan pelancaran hasil, dengan teknologi inovatif, produk dan perkhidmatan dalam pelbagai bidang akan dilancarkan buat pertama kali di peringkat global dan dipamerkan buat pertama kali di China.