Malam Media anjuran Kumpulan Media China (CMG) berlangsung di bandar Shenzhen, selatan China pada Isnin, menjelang Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-33.
Bertemakan ‘Asia Pasifik Sehati Sejiwa, Cipta Masa Depan Bersama’, acara itu menghimpunkan 69 wakil badan media dari 62 negara serta tokoh-tokoh media, perniagaan dan seni budaya China bagi membincangkan pelbagai topik termasuk inovasi teknologi dan kerjasama media.
Naib Presiden CMG Qi Zhuquan dalam ucapannya berkata media Asia Pasifik perlu menyebarkan suara yang menggalakkan keterbukaan dan kerjasama, mencatat kisah mengenai inovasi dan pembangunan, serta bersinergi mendorong pembelajaran bersama antara tamadun.
Beliau turut menyeru supaya badan media berkenaan menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib Asia Pasifik dan kemakmuran bersama serantau.
Acara berkenaan menyediakan platform kerjasama dan pertukaran kepada para peserta untuk meningkatkan persefahaman, mengukuhkan persahabatan serta meneroka peluang kerjasama.









Tinggalkan Balasan