Dialog Global “Tadbir Urus China dan Pembangunan Dunia” Diadakan di Lyon 

Dialog Global “Tadbir Urus China dan Pembangunan Dunia” sesi Perancis telah diadakan di Lyon pada Selasa, waktu tempatan. 

Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong menyatakan bahawa Sidang Pleno Kelima Jawatankuasa Pusat Ke-20 Parti Komunis China dipercayai boleh membawa inspirasi kepada pembangunan parti politik dan tadbir urus negara di peringkat dunia malah penyempurnaan tadbir urus global, serta menyumbang rujukan yang selaras dengan nilai universal kepada dunia yang berada dalam pergolakan. 

“CMG bersedia untuk belajar antara satu sama lain dengan rakan-rakan di seluruh dunia, bekerjasama, berkongsi pengalaman tadbir urus dan peluang pembangunan serta mencipta masa depan yang lebih baik untuk umat manusia,” kata Shen. 

Sementara itu, Duta Besar China ke Perancis, Deng Li menyatakan dalam ucapannya bahawa sebagai dua negara pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan anggota tetap Majlis Keselamatan, China dan Perancis seharusnya memikul tanggungjawab yang selari dengan negara kuasa besar, memperhalusi pelaksanaan konsensus antara pemimpin negara, mengekalkan komunikasi strategik dan memupuk rasa percaya, memperdalam kerjasama dalam bidang yang substantif, mengamalkan konsep perkongsian dalam tadbir urus global serta memperkukuh hubungan China-Perancis dan China-Eropah, demi mengekalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran dunia. 

Dalam sesi dialog berikutnya, para tetamu dari dunia politik, perniagaan dan sains teknologi kedua-dua negara telah mengadakan perbincangan secara mendalam dari pelbagai dimensi.