Dokumentari ‘The Heritage Guardian’ Disiarkan di Sri Lanka

Dokumentari khas terbitan Kumpulan Media China (CMG) bertajuk ‘The Heritage Guardian’ melancarkan siarannya secara rasmi di Sri Lanka dalam satu majlis yang berlangsung di Colombo pada Jumaat.

Majlis pelancaran diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Sri Lanka Harini Amarasuriya.

Amarasuriya ketika berucap pada majlis itu menyifatkan dokumentari tersebut sebagai sumber inspirasi penting buat rakyat Sri Lanka untuk memahami dengan lebih mendalam pandangan Presiden China Xi Jinping berhubung budaya dan tamadun, serta penekanan beliau terhadap kepentingan memulihara warisan budaya.

Menurut beliau, pandangan Presiden Xi telah memberikan idea yang amat bernilai mengenai bagaimana sesebuah negara mampu memacu pemodenan sambil terus memelihara tradisi budayanya.

Acara berkenaan dihadiri lebih 150 tetamu kehormat yang terdiri daripada tokoh pelbagai lapisan masyarakat di Sri Lanka, termasuk bidang politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan media.

Dokumentari ‘The Heritage Guardian’ dalam versi bahasa Inggeris, Sinhala dan Tamil dijadual bersiaran di saluran media arus perdana Sri Lanka mulai Jumaat.