AL ARISH (Mesir), 5 Okt — Hospital Terapung UAE di Bandar Al Arish, Mesir menerima 12 pesakit baharu dari Semenanjung Gaza untuk mendapatkan rawatan perubatan, meneruskan usaha kemanusiaan dan perubatan UAE di bawah Operasi Chivalrous Knight 3 bagi membantu rakyat Palestin serta meringankan penderitaan mereka.
Menurut Agensi Berita Emiriah (WAM), pasukan perubatan dan kejururawatan khusus menjalankan penilaian serta pemeriksaan yang diperlukan sejurus ketibaan mereka dan menyediakan pelan rawatan yang bersesuaian bagi setiap kes bagi memastikan mereka menerima rawatan perubatan yang diperlukan.
Hospital itu menyediakan sejumlah 35,030 perkhidmatan perubatan.
Hospital Terapung UAE terus menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan khusus kepada pesakit dan individu yang cedera dari Semenanjung Gaza, dengan sokongan pasukan perubatan berkelayakan serta peralatan canggih bagi memastikan mereka menerima penjagaan dan rawatan yang diperlukan.
Usaha itu mencerminkan komitmen berterusan UAE untuk menyokong rakyat Palestin dan menangani keperluan penjagaan kesihatan pesakit dari Semenanjung Gaza.













Tinggalkan Balasan