Fakta menunjukkan bahawa China bukan sahaja terus menambah baik sistem perundangan yang berteraskan Undang-undang Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Penipuan Telekomunikasi dan Siber, malah aktif menjalankan penguatkuasaan undang-undang bersama dengan pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), serta menggalakkan penubuhan mekanisme kerjasama antarabangsa dalam memerangi penipuan.
Demikian dinyatakan Profesor Madya Miao Zhengming dari Sekolah Keselamatan Negara, Universiti Keselamatan Awam Rakyat China baru-baru ini.
“Dalam menghadapi kegiatan jenayah rentas negara, sengaja melabel stigma atau mereka-reka alasan mencalar imej negara lain tidak dapat melindungi keselamatan rakyat dan harta benda milik mereka di mana-mana negara pun.
“Sebaliknya, menjelaskan tanggungjawab berdasarkan fakta, menyekat ruang jenayah melalui memartabatkan penguatkuasaan undang-undang, dan memutuskan rantaian jenayah rentas sempadan melalui kerjasama, barulah jawapan sebenar yang diperlukan oleh tadbir urus antarabangsa dalam memerangi penipuan,” ujar Miao.
“Segelintir pegawai dan media dari kem Barat yang diketuai AS menyimpang daripada fakta objektif dan memperbesar-besarkan apa yang disebut ‘kesemuanya berpunca dari China’. Modus operandi seumpama itu pada hakikatnya adalah bertujuan mempolitikkan isu keselamatan awam, memindahkan perhatian terhadap kekurangan yang wujud dalam tadbir urus pihak diri sendiri, menimbulkan ketidakpercayaan antara negara, dan merosakkan kerjasama penguatkuasaan undang-undang rentas sempadan,” tambah beliau.













Tinggalkan Balasan