Dunia tidak sepatutnya kembali ke orde unipolar kerana multipolar sudah menjadi trend yang tidak dapat dihalang, dan juga jaminan penting bagi negara-negara kecil dan sederhana dalam situasi dunia yang tidak menentu.
Demikian dinyatakan oleh bekas presiden Croatia Ivo Josipovic ketika menerima wawancara Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.
“Adalah amat penting untuk menyinggirkan kesangsian tidak berasas terhadap China. Masih ada orang bimbang bahawa China akan ‘mendominasi pasaran’.
“Pada pandangan saya, China merupakan rakan kerjasama yang amat baik. China yang meningkatkan tahap keterbukaan bukan sahaja bermakna bagi negaranya sendiri, tetapi juga signifikan bagi negara-negara lain di dunia,” kata Josipovic.
Untuk rekod, tahun 2026 merupakan tahun pertama bagi pelaksanaan Rancangan Lima Tahun ke-15 China. Berdepan kebangkitan perpisahan ekonomi dan amalan perlindungan di peringkat global, China memperkasakan keterbukaan untuk memacu pembaharuan, di samping menjunjung tinggi multipolar yang sama rata dan globalisasi yang terangkum, mendapat sambutan meluas masyarakat antarabangsa.
Sejak awal tahun ini, pemimpin dari beberapa negara termasuk Ireland, Finland, Britain, Jerman, dan Sepanyol mengadakan lawatan ke China untuk membincangkan kerjasama dan mencari pembangunan bersama.













Tinggalkan Balasan