Konflik Asia Barat : Pihak Terlibat Diminta Bertenang dan Kembali Semula ke Meja Rundingan

China menyuarakan kebimbangan susulan konflik yang semakin meruncing di Asia Barat

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang akhbar pada Khamis.

Katanya, rundingan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai dan pertempuran semula yang tercetus, tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Ujar Lin, kedaulatan, keselamatan dan keutuhan wilayah negara-negara di rantau ini harus dipelihara dan dihormati.

Sehubungan itu, pihak-pihak yang terlibat diminta bertenang, menghentikan permusuhan dan kembali semula ke meja rundingan serta menyelesaikan pertikaian menerusi saluran politik dan diplomatik, sekaligus mencapai gencatan senjata yang menyeluruh dan berkekalan secepat mungkin.