ISTANBUL, 15 Jun — Beberapa letupan kedengaran di beberapa kawasan di ibu negara Iran, Tehran, pada Ahad di tengah laporan mengenai serangan udara baharu oleh Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan.
Video yang tular di media sosial menunjukkan asap tebal dari Lapangan Terbang Mehrabad.
Tiada sebarang kenyataan segera daripada pihak berkuasa Iran berhubung laporan itu.
Sementara itu, kerajaan Iran membuka masjid, sekolah dan stesen kereta api bawah tanah bagi membolehkan orang ramai mendapatkan perlindungan susulan serangan Israel ke atas negara itu.
Tinggalkan Balasan